KEMAHIRAN BOLA SEPAK

Wednesday, 28 September 2011

HANTARAN JAUH (MENENDANG BOLA)


-Pemain melakukan aktiviti dalam kumpulan.
-Pemain akan melakukan hantaran jauh hingga bola melepasi garisan yang di tanda dengan   dua kon.
-Setiap pemain diberi 5 kali percubaan.
-pemain yang berjaya melepasi garisan akan diberi 1 mata bagi setiap kumpulan

KEMAHIRAN MENGELECEK

 
Teknik kemahiran :
Bengkokkan lutut.
Kawalan yang baik apabila menuju pihak   
   lawan.
Kelajuan bola apabila bergerak.
Menukar arah dengan pantas.
Mengacah sebelum menggelecek.

KEMAHIRAN MENANDUK



Teknik Kemahiran :
Guna bahagian dahi.
• Kunci tengkok dan buka mata.
• Badan dilentik ke belakang sebelum menanduk.
Tandukan di atas untuk bola ke bawah.
• Tandukan di tengah untuk paras bahu.
• Tandukan di bawah untuk bola tinggi.

Saturday, 24 September 2011

PENDIDIKAN JASMANI



                                     Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal.


 Pendidikan Untuk Jasmani
Sejak 50 tahun lampau, kajian ke atas kesan latihan terhadap manusia mendapati hasil daripada latihan jasmani yang terancang ialah:
melanjutkan usia                                       
mengawal berat badan
keseimbangan psikologi                      
kesihatan umum

Pendidikan Melalui Jasmani
Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.  Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F Williams. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan – Delbert Oberteutter.  Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai.
Pendidikan melalui jasmani  ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan.

Friday, 23 September 2011

Hazwani wakili Malaysia ke Sukan APSO di Jakarta.

Seorang murid Sk Tanjong Piandang yang pernah dinobatkan sebagai Olahragawati MSSM 2011 iaitu Norhazwani binti Abdul Haris telah terpilih untuk mewakili negara Malaysia ke sukan APSO bawah 12 tahunyang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 8hb sehingga 15 Oktober 2011 ini.

Hazwani akan mewakili Malaysia bagi acara lari pecut 100m dan 200m bawah 12 tahun..Hazwani telah memecahkan rekod MSSM dalam acara 200m Lari Berpagar bawah 12 tahun yang telah diadakan tidak berapa lama dahulu..Selain itu dia juga telah memnangi emas bagi acara 200m lari pecut dalam Sukan MSSM itu.

Warga SKTP dan seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan berharap beliau akan pulang dengan kejayaan cemerlang dalam acara yang disertainya nanti.